PRINCIPAL'S GREETING | ELEVENTH COLLEGE
» ABOUT US » ADMINISTRATION & MANAGEMENT OF THE COLLEGE » PRINCIPAL'S GREETING

PRINCIPAL'S GREETING

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

Selamat datang ke laman sesawang Kolej Sebelas

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana laman sesawang Kolej Sebelas berjaya ditambah baik serta dikemaskini dengan pelbagai berita terbaru. Dengan wujudnya medium ini, diharapkan segala maklumat dan berita terkini dapat disampaikan dengan lebih efektif dan efisien.

Terdapat 17 buah kolej disediakan oleh UPM untuk pelajar prasiswazah dan pasca siswazah. Kolej Sebelas merupakan satu-satunya kolej yang menempatkan penginapan kepada pelajar wanita sahaja. Pelajar di Kolej Sebelas majoritinya terdiri daripada pelajar dalam bidang kejuruteraan, rekabentuk dan senibina. Pelbagai kemudahan yang disediakan di Kolej Sebelas, seperti surau, gelanggang, dewan serbaguna, gymnasium, bilik ilmiah, kemudahan riadah dan diharapkan segala kemudahan dan fasiliti digunakan secara berhemah di kalangan warga Kolej Sebelas. Prasarana yang selesa dan kondusif amat dititik beratkan bagi memastikan keselesaan pelajar Kolej Sebelas terjamin.

Di kesempatan ini juga saya ingin menyeru agar semua warga Kolej Sebelas dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak kolej. Rebutlah peluang yang ada ini sebaik mungkin sepanjang pengajian anda di bumi bertuah ini kerana pengalaman, kemahiran insaniah dan pembelajaran secara tidak formal ini tidak mungkin anda perolehi dalam bilik kuliah dan sudah tentu tidak ternilai harganya terutama ketika melangkah ke alam kerjaya kelak. Warga kolej harus bersatu hati bagi memastikan visi UPM menjadi sebuah Universiti bereputasi antarabangsa tercapai.

Akhir kata, jadilah insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Didoakan agar anda berjaya mencapai impian anda di bumi UPM ini.

Terima kasih.

 

PROF MADYA DR FAIEZA ABDUL AZIZ

Pengetua

Kolej Sebelas

 

*Untuk maklumat lanjut UPM sila Like Facebook UPM dan Facebook Kolej Sebelas. 

Updated:: 12/10/2017 [ejan]

MEDIA SHARING

ELEVENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467403
0389467404
C1511211668