ACCOMMODATION TERMS | ELEVENTH COLLEGE
» COLLEGE RULES & GUIDELINES » ACCOMMODATION TERMS

ACCOMMODATION TERMS

Kolej menyediakan kemudahan penginapan yang selamat dan kondusif untuk pelajar. Selain itu, kolej juga berperanan menyediakan perkhidmatan, didikan bimbingan dan kaunseling yang menjurus kepada kecemerlangan akademik, pembangunan sahsiah dan kepemimpinan pelajar melalui aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar ataupun secara anjuran bersama dengan pentadbiran kolej, fakulti dan universiti.

Sehubungan itu, semua pelajar digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancangkan secara tersusun dan berjadual (kalendar aktiviti) pada setiap sesi kemasukan pelajar untuk mendapatkan jumlah merit yang ditetapkan supaya layak untuk terus menginap di kolej pada sesi penginapan seterusnya. Melalui sistem ini persaingan yang sihat dapat dipertingkatkan di kalangan pelajar dalam melibatkan diri dengan aktiviti di kolej yang menjurus kepada penghasilan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.

Justeru itu, semua pelajar yang telah melibatkan diri dalam aktiviti mestilah merekod penglibatan mereka dalam Buku Rekod Aktiviti Pelajar yang diberikan kepada pelajar semasa mereka mula mendaftar sebagai pelajar baharu di UPM.

Kriteria, cara pemarkahan dan sistem pengiraan merit mengikut peringkat; kolej kediaman, antarabangsa/universiti/kebangsaan, persatuan/kelab dan fakulti boleh didapati di sini.

Updated:: 10/10/2017 [ejan]

MEDIA SHARING

C1511211426