RULES OF REGISTRATION COLLEGE | ELEVENTH COLLEGE
» COLLEGE RULES & GUIDELINES » RULES OF REGISTRATION COLLEGE

RULES OF REGISTRATION COLLEGE

PERATURAN  KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR UPM

  1. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab bersama. Penghuni hendaklah memastikan bilik sentiasa dalam keadaan kemas, teratur dan bersih.
  2. Sampah setiap bilik hendaklah sentiasa dibuang ke dalam tong sampah awam di luar rumah/bilik.
  3. Dilarang membuang segala jenis sampah/barang melalui tingkap dan ke dalam longkang.
  4. Penghuni rumah/bilik dikehendaki menggunakan cadar dan sarung bantal.
  5. Dilarang menampal, memaku, menconteng, mengecat dan mengotor permukaan perabot, dinding dan sebagainya.
  6. Menyidai pakaian hanya di ampaian yang disediakan.
  7. Memastikan suis kipas dan lampu hendaklah dimatikan apabila keluar bilik.
  8. Dilarang membuat atau mengubahsuai sambungan elektrik/internet.
  9. Peralatan elektrik yang dibenarkan adalah radio (sehingga 100 watt), pengecas bateri telefon bimbit, komputer dan pencetak sahaja.
  10. Penghuni tidak dibenarkan memindah, menukar atau mengubahsuai setiap peralatan yang ada di rumah/bilik.
  11. Semua kerosakan hendaklah dilaporkan ke Pejabat Am Kolej dengan segera.
  12. Dilarang membawa dan memelihara binatang peliharaan (pets) dalam rumah/bilik.
  13. Memasak adalah dilarang sama sekali.
  14. Penghuni dilarang menumpangkan orang lain selepas jam 12 tengah malam tanpa kebenaran pihak Pengurusan Kolej.
  15. Penghuni dilarang membawa masuk pelajar/orang luar yang berlainan jantina ke rumah/bilik.
  16. Tidak dibenarkan bertukar bilik tanpa kebenaran Pengetua Kolej.
  17. Dilarang membawa atau menyimpan dan meminum minuman keras, dadah, bahan-bahan lucah, senjata, berjudi, merokok dan makanan yang tidak halal.
  18. Dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman penghuni-penghuni lain.
  19. Kemudahan dan keadaan rumah/bilik anda telah direkodkan. Pemeriksaan inventori bilik akan dilakukan pada setiap semester. Penghuni yang berdaftar pada bilik berkenaan akan menanggung denda perilaku sebanyak maksimum RM25.00 atau kos baikpulih/ganti (mengikut harga semasa) jika  kerosakan pada kemudahan bilik disebabkan vandalisma oleh penghuni bilik.
  20. Sila hubungi Bahagian Keselamatan , UPM jika ada berlaku sebarang kecemasan, di talian 03-89471999, 03-89467990 atau 03-89467470

 

Sumber : AUKU 1971, Perlembagaan UPM Kaedah-kaedah UPM (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 2005 Perintah Tetap Universiti Putra Malaysia (Kolej Kediaman)(Kolej Pendeta Za’ba) 2015 (hasil resolusi dari Bengkel Peraturan Kolej Kediaman 2016 pada 26 Februari 2016)

Updated:: 15/09/2017 [ejan]

MEDIA SHARING

C1505976977