NOTIS PENGUATKUASAAN BARRIER GATE | ELEVENTH COLLEGE
» NEWS » NOTIS PENGUATKUASAAN BARRIER GATE

NOTIS PENGUATKUASAAN BARRIER GATE

Pihak Kolej Sebelas telah menaiktaraf petak letak kenderaan termasuk pemasangan “Barrier Gate” di hadapan dataran Kolej Sebelas mulai Sesi 2016/2017. Berikut adalah peraturan yang perlu dipatuhi adalah :-

1. Hanya pelajar tahun akhir (yang mendapat surat daripada penyelia), ahli MTM, Pelajar PhD dan Master sahaja dibenarkan membawa kenderaan (seperti Akta Kolej dan Universiti). Selain daripada senarai tersebut, pelajar lain adalah dilarang membawa kenderaan.

2. Pelajar perlu dapatkan pelekat kenderaan Universiti di Bahagian Keselamatan, UPM dan pelekat kenderaan Kolej Sebelas di Pejabat Am, Kolej Sebelas.

3. Pelajar yang ingin  memohon petak meletak kenderaan (terhad hanya 46 petak sahaja untuk pakir di dataran berhadapan Kolej Sebelas) perlu mendaftar di Pejabat Am, Kolej Sebelas dengan membawa kad matrik dan mengisi borang permohonan pelekat kenderaan dan  melampirkan insuran dan lesen memandu.

4. Pelajar yang meletakkan kenderaan di belakang dan di sekitar Kolej Sebelas juga perlu mendaftarkan kenderaan mereka  di Pejabat Am, Kolej Sebelas dengan membawa kad matrik dan mengisi borang permohonan pelekat kenderaan dan  melampirkan insuran dan road tax.

5. Semua pelajar yang mempunyai kad “access” diminta untuk tidak menyalahguna kemudahan tersebut, sekiranya tertangkap peraturan kolej dan universiti akan digunapakai. Pelajar juga dikehendaki mematuhi peraturan meletakkan kenderaan di petak yang disediakan agar tidak menghalang laluan bas dan kenderaan lain.

Hanya pelajar yang betul-betul layak dan dibenarkan mengikut peraturan Universiti sahaja dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan kolej.

Terima kasih.

Pengurusan Kolej Sebelas UPM


Updated:: [ejan]

MEDIA SHARING

ELEVENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471016
0389467404
C1505976686